Apakah Busung?

 BUSUNG

1.PENGENALAN BUSUNG

Busung berlaku akibat daripada kerosakan hati yang berpanjangan. Apabila hati mengalami kerosakan ia tidak lagi dapat melakukan fungsinya dengan sempurna. Bahan makanan tidak dapat diproses menjadi protein. Kekurangan protein (albumin) mengakibatkan tekanan on-kotik menurun dan cecair dari saluran darah mengalir keluar ke ronggan abdomen. Hipertensi portal juga menolak cecair dari saluran darah dan menyebabkan asites atau busung.

Pengeluaran limfa berlaku dengan berlebihan kerana pengalirannya terssekat disebabkan sirosis hati dan akibat keseluruhannya, pesakit mengalami penakungan cecair pada kaki, abdomen dan seluruh badan.

Busung merupakan symptom kronik pada hati. Pada peringkat ini, pesakit kemungkinan sudah mengalami sirosis hati. Jika masih tidak dirawat ia akan memberikan kesan negative pada paru-paru dan kemungkinan boleh menyebabkan kanser hati.

Bagi mengurangkan busung, pada kebiasaannya pesakit akan dibekalkan dengan ubat untuk mengeluarkan cecair melalui air kencing. Jika hati semakin kronik ia tidak lagi dapat memproses ubat-ubatan kimia dan akhirnya perut pesakit perlu ditebuk untuk menyedut keluar cecair dari abdomen pesakit. Perut pesakit akan terus ditebuk selagi busung berulang.

Oleh itu, hati yang rosak perlu dirawat segera, kerana selagi tidak dirawat symptom tersebut akan berulang.

 

 

2. BAGAIMANA TONIK HATI DAPAT MEMBANTU PESAKIT YANG MENGHIDAPI BUSUNG?

Tonik hati dirumus khas untuk mereka yang memunyai penyakit hati seperti hati sirosis, hati berlemak, hati mengeras, hati mengecut, kanser hati dan untuk mereka yang mungkin menghidap penyakit Hepatitis A, B, C dan sebagainya. Ia dirumus khas daripada herba-herba terpilih dari kandungan herba yang selamat digunakan tanpa kesan sampingan.

 

Tonik hati ini berfungsi untuk membantu merawat kerosakan hati, meningkatkan metabolism tubuh, membaiki kerosakan sel-sel hati dan membina semula sel-sel hati yang baru agar ianya dapat berfungsi dengan sempurna. Apabila hati telah dirawat, symptom busung akan berkurangan bergantung kepada jangkamasa pendedahan pesakit kepada penyakit yang dialamainya.

 

Sekiranya pesakit telah lama terdedah kepada penyakit hati, sudah tentu jangkamasa untuk proses pemulihan juga akan mengambil masa yang agak lama. Kemungkinan memerlukan diantara 3 – 12 bulan bagi menampakkan kesan yang maksimum.

 

3.KESAN SELEPAS PENGGUNAAN TONIK HATI:

Pada kebiasaannya busung akan berkurangan, perut akan terasa lebih lembut dan kurang sesak nafas.

 

4.PANTANG PEMAKANAN

• Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai dsbnya.;

• Kurangkan pengambilan garam;

• Elakkan makanan laut yang bercengkerang;

• Elakkan makanan yang mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi;

• Elakkan makanan segera (sardine, buah2 dalam tin, makanan segera siap dimakan –McD, KFC dsbnya.)

• Elakkan pengambilan susu cair (yang biasa dicampurkan didalam minuman)

 

5. KESAN SAMPINGAN:

• Keletihan;

• Mengantuk;

• Pedih pada bahagian ulu hati;

• Muntah (akibat dari lebihan asid yang telah memasuki saluran makanan yang dikeluarkan):

• Rasa seperti demam.

Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak akan mengalami kesan sampingan diatas bergantung kepada kondisi badan pesakit tersebut.

 

DISCLAIMER: Kesan mungkin berbeza antara individu