Apakah Jaundis atau kekuningan?

JAUNDIS @ SAKIT KUNING

1. PENGENALAN

Jaundis berlaku akibat daripada pembengkakan sel-sel hati atau saluran hempedu yang tersumbat. Sel hepatosit (sel hati) membengkak akibat daripada jangkitan virus hepatitis, kuman-kuman, pengambilan alkohol dan ubat-ubatan yang berlebihan dll.

Apabila sel-sel hati membengkak, ia akan menyebabkan saluran hempedu menjadi sempit dan pengaliran cecair hempedu akan terganggu mengakibatkanya tumpah ke dalam saluran darah. Akibatnya, cairan hempedu ini akan bercampur dengan darah dan pesakit akan mengalami gejala kekuningan ataupun jaundis. Jika saluran hempedu ini tersumbat kerana batu karang atau ketumbuhan, gejala jaundis ini boleh menjadi lebih teruk sehinggan kulit pesakit bertukar warna menjadi kuning kehijauan dan seterusnya menyebabkan kegatalan pada permukaan kulit. 

2. BAGAIMANA TONIK HATI MERAWAT JAUNDIS?

Pada peringkat ini, pesakit adalah digalakkan untuk menggunakan Tonik Hati untuk tempoh 3 – 6 bulan bagi mendapatkan kesan yang maksimum.

Fungsi Tonik Hati:

• Membantu merawat semula kerosakan sel-sel hati;

• Merawat bengkak hati;

• Membantu menyuburkan pertumbuhan sel-sel hati yang baru supaya ia tumbuh dengan lebih teratur dan tersusun;

• Membantu mengurankan jaundis;

• Mengurangkan demam;

• Membantu menghidupkan anti-bodi;

• Membuka selera makan;

• Meningkatkan tenaga; dan

• Melancarkan perjalanan darah.

Berdasarkan rekod kami, jaundis atau bengkak hati lebih mudah dirawat kerana ia masih diperingkat awal penyakit ini.

3. KESAN PENGGUNAAN TONIK HATI:

Dari sudut luaran, pesakit yang mengalami jaundis akan melihat perubahan dari segi simptom yang dialaminya berkurangan berbeza dari sebelum penggunaan Tonik Hati.

• Jaundis atau kuning pada mata dan tubuh berkurangan;

• Pedih hulu hati berkurangan;

• Boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa;

• Selera makan bertambah;

• Kuning pada air kencing berkurangan; dan

• Kegatalan pada kulit berkurangan.

Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit tersebut. Ini adalah kerana darah setiap individu adalah berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialami mereka.

Pastikan pesakit membuat ujian fungsi hati selepas 3 bulan menggunakan Tonik Hati. Sekiranya bacaan AST, ALT, BILIRUBIN, GGT, ALBUMIN, GLOBULIN dll. Kembali normal, pesakit adalah digalakkan untuk mengamalkan Tonik Hati sebagai suplimen tetapi dalam dos yang berbeza (berkurangan – 1 kapsul untuk setiap 3 hari) dan disyorkan untuk mengambil HBs2 sebagai tambahan pada yang berkemampuan ataupun dengan hanya mengamalkan HBs2 untuk yang telah sembuh sepenuhnya.

 

4. MAKANAN UNTUK DIHINDARI:

• Elakkan makanan laut yang bercengkerang;

• Elakkan makanan yang mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang tinggi;

• Elakkan makanana segera (maggi, sardine, buah2an dalam tin, McD, KFC dsbnya.);

• Elakkan pengambilan susu cair (dalam minuman atau masakan); 

• Elakkan minuman berkarbonat dan berkafien;

• Elakkan pengambilan minuman beralkohol; dan

• Kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang berwarna kuning.

 

5. KESAN SAMPINGAN:

• Keletihan;

• Mengantuk;

• Pedih pada bahagian ulu  hati;

• Muntah-muntah (akibat dari lebihan asid yang masuk ke saluran makan yang dikeluarkan); dan

• Rasa seperti demam.

Walaubagaimanapun, kesan-kesan sampingan ini adalah berbeza kepada setiap individu bergantung kepada kondisi mereka.

 

DISCLAIMER: Kesan mungkin berbeza antara individu