Apakah Hati Berlemak?

HATI BERLEMAK

1. PENGENALAN HATI BERLEMAK

Selain masaalah jantung berlemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit hati berlemak juga boleh mengakibatkan masaalah yang sama.

Secara umum, hati berlemak atau steatosis adalah keadaan di mana kandungan lemak adalah berlebihan pada hati. Jika dibiarkan tanpa sebaran rawatan, ia berupaya menyebabkan penghidap menghadapi komplikasi. Ia mendedahkan individu terbabit kepada masalah hati atau lain-lain penyakit yang lebih serius.

Hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel-sel hati yang dikenali sebagai Steatohepatitis. Ia kerap kali dikaitkan dengan pengambilah minuman keras (beralkohol) yang berlebihan. Namun, keadaan yang sama boleh berlaku tanpa penglibatan pengambilan alkohol yang dikenali sebagai Non-Alcoholic Steatohepatitis (NASH).

Selain daripada itu, batuk kering, pemakanan (diet) yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk pesakit obesiti dan pengambilan ubat tertentu secara berlebihan juga boleh menjadi punca berlakunya hati berlemak. Namun begitu, makan makanan berlemak tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pengumpulan lemak di hati. Malah ada pesakit-pesakit yang mempunyai paras lemak yang normal dalam darah mereka.

Beberapa kajian mendapati bahawa hati berlemak adalah antara sebab berlakunya penurunan enzim hati yang dikenalpasti semasa ujian darah secara rutin. Enzi mini dikeluarkan oleh sel-sel hati apabila berlakunya radang pada sel-sel berkenaan.

a. Tanda-tanda hati berlemak:

Kebanyakan pesakit hati berlemak tidak mengadu atau sedar mereka menghadapi masalah ini. Namun, kajian menunjukkan 50% golongan ini sering mengadu keletihan dan berasa sakit atau tidak selesa pada bahagian abdomen.

Jika keadaan ini berlarutan daripada peringkat steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami:

• Masaalah hati;

• Busung;

• Pembengkakan kaki;

• Demam; dan

• Jaundis.

b. Individu yang berisiko tinggi untuk menghidapi hati berlemak;

• Mereka mengamalkan pengambilan minuma keras (beralkohol) yang berlebihan;

• Kurang pengambilan makanan berzat dan seimbang;

• Obesiti;

• Pesakit Diabetis;

• Sindrom Reye (di kalangan kanak-kanak)

• Kehamilan; dan

• Ubat-ubatan yang diambil secara berlebihan.

 

2. BAGAIMANA TONIK HATI MERAWAT PESAKIT HATI BERLEMAK?

TONIK HATI ini dirumus khas bagi membantu merawat masalah hati. Bagi pesakit yang menghidap hati berlemak ia dapat membantu untuk merawat semula kerosakkan sel-sel hati dan seterusnya menyingkirkan lemak yang melaputi sel-sel hati dan mengurangkan symptom-simptom yang dialami oleh pesakit.

Namun begitu, proses rawatan bergantung kepada bacaan enzim hati (GGT). Jike bacaan terlalu tinggi kemungkinan pesakit perlulah menggunakan Tonik Hati untuk tempoh selama 3 – 12 bulan. Lemak di hati boleh dilihat melalui ujian fungsi hati atau ujian imbasan. Ketika pesakit menjalani ujian imbasan (scan), tompok-tompok putih akan kelihatan pada hati sekiranya mereka mempunyai hati berlemak.

3. KESAN PERUBAHAN SELEPAS PENGGUNAAN TONIK HATI:

Dari sudut luaran, pesakit yang mengalami hati berlemak akan berupaya untuk melihat perubahan pada simptom yang dialaminya. Pada kebiasaannya, jaundis (kekuningan) akan berkurangan, demam akan pulih dan busung juga akan menyusut. Namun begitu, jangka masa untuk busung sembuh sepenuhnya adalah bergantung kepada tahap kerosakan hati pesakit tersebut. Pesakit akan merasa sedikit perubahan sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 minggu pertama selepas penggunaan Tonik Hati. Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan setiap individu, oleh kerana perbezaan jenis dan struktur darah dan keterukan penyakit hati yang dialami mereka. Biasanya proses rawatan ubat-ubatan berasaskan herba akan mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu symptom dan bukannya merawat simptom itu semata-mata.

Dari sudut klinikal, pesakit boleh melihat kesan Tonik Hati melalui ujian darah (UJIAN FUNGSI HATI) untuk melihat kepada bacaan enzim hati. Jika pesakit menghidapi hati berlemak maka perlulah melihat kepada bacaan GGT pada ujiana tersebut. Jika bacaan GGT sudah menunjukkan penurunan, maka itu bermakna sudah berlaku pengurangan lemak di hati pesakit. Pastikan bacaan tersebut berada di paras yang normal sebelum menghentikan pengambilan Tonik Hati. Pesakit adalah dinasihatkan untuk menyimpan satu salinan ujian darah mereka untuk tujuan perbandingan sebelum dan selepas penggunaan Tonik Hati. Pesakit juga dinasihatkan untuk menjalani ujian fungsi hati sekurang-kurangnya 3 bulan selepas pengambilan Tonik Hati untuk melihat kesan yang maksimum.

Terdapat juga pesakit yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal dalam tempoh 3 bulan pertama namun ujian fungsi hati menunjukkan kesan penurunan pada bacaan enzim hati yang positif.

Pesakit mestilah memastikan simptom fizikal dan enzim hati berada di paras yang normal sebelum memberhentikan pengunaan Tonik Hati. Sekiranya telah sembuh sepenuhnya, pesakit adalah dinasihatkan untuk mengamalkan Tonik Hati sebagai suplimen dengan dos yang berbeza (kurang) berbanding sebelumnya. Mereka juga boleh mengamalkan HBs 2 sebagai suplimen namun ia bergantung kepada kemampuan pesakit tersebut.

4. MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI:

• Kurangkan pengambilan air yang berlebihan samada dalam bentuk makanan atau minuman (seperti sup, bubur dan buah-buah yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikan dsbnya);

• Kurangkan pengambilan garam (jika pesakit mengalami busung atau bengkak kaki);

• Elakan makanan laut yang bercengkerang;

• Elakkan makanan yang mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang tinggi;

• Elakkan pengambilan susu cair (yang dicampurkan kedalam teh tarik dsbnya);

• Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan berkafein.

5. KESAN SAMPINGAN:

• Keletihan;

• Mengantuk;

• Pedih pada bahagian ulu  hati;

• Muntah-muntah (akibat dari lebihan asid yang masuk ke saluran makan yang dikeluarkan); dan

• Rasa seperti demam.

Walaubagaimanapun, kesan-kesan sampingan ini adalah berbeza kepada setiap individu bergantung kepada kondisi mereka.

 

DISCLAIMER: Kesan mungkin berbeza antara individu