Informasi Hati Manusia

Hati ialah organ terbesar dalam tubuh manusia. Beratnya ialah 1200 - 1500g. Hati terletak di sebelah kanan. Hati mengandungi  berbilion-bilion  sel yang menjalankan pelbagai fungsi. Setiap fungsi hati saling berkaitan antara satu sama lain. Jika satu fungsinya tergangu, ini akan menjejaskan sistem tubuh yang lain dan akan meningkatkan pebagai komplikasi.
 
Fungsi Hati:
1.Menghadamkan lemak
2.Menghasilkan protein
3.Menstabilkan gula dalam darah.
4.Pusat menjana tenaga bagi tubuh.
5.Mengawal suhu badan dengan meningkatkan suhu darah semasa darah mengalir melalui bahagian dalaman hati.
6.Mempertahankan tubuh daripada serangan virus dan bakteria.
7.Menjalankan metabolism bahan makanan seperti karbohidrat dan lemak.
8.Memusnahkan bahan toksik dalam tubuh seperti bahan kimia, alkohol,dadah, dan ubat-ubatan. Hati menyaring dan menukar bahan ini untuk dikitar semula atau untuk dikeluarkan dari tubuh.
9.Menghasilkan bahan pembekuan untuk menghentikan pendarahan dan lain-lain lagi.
 
Penyakit Hati Yang Perlu Anda Tahu