Apakah Sirosis Hati?

 SIROSIS HATI

1. PENGENALAN SIROSIS HATI:

Sirosis hati merupakan kerosakan hati akibat daripada pembengkakan hati yang berpanjangan. Hati yang rosak akan mengalami nekrosis dan kemudian akan meninggalkan parut atau fibrosis. Sel-sel baru akan tumbuh dan regenerasi sel ini berlaku dengan cara yang tidak teratur, akibatnya, hati akan menjadi keras, kasar dan bernodul.

Pertumbuhan sel-sel yang tidak teratur akan menggangu struktur susunan sel hati. Ini akan menggangu fungsi hati seperti menghalang pengaliran darah dan cairan hempedu. Ini boleh mengakibatkan komplikasi seperti jaundis, busung, munrah berdarah dan koma.

PUNCA-PUNCA SIROSIS HATI:

• Kemungkinan akibat daripada jangkitan virus hepatitis;

• Pengambilan alcohol yang berlebihan;

• Bahan kimia dan toksik; dan

• Pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan.

2. BAGAIMANA TONIK HATI MERAWAT SIROSIS HATI?

Pada peringkat sirosis hati, pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan hipertensi portal yang pada akhirnya akan menyebabkan berlakunya kebocoran pada saluran darah dan pesakit akhirnya akan mengalami busung, kaki membengkak dan muntah berdarah.

Penggunaan tonik hati akan:

• Membantu merawat semula kerosakan sel-sel hati yang rosak;

• Membantu merawat hati yang bengkak;

• Membantu untuk menyubur dan mengalakkan pertumbuhan sel-sel hati yang baru dengan lebih teratur dan tersusun;

• Membantu mengawal tekanan darah;

• Membantu melancarkan perjalanan darah;

• Membantu mengeluarkan cecair yang terkumpul dalam tubuh pesakit melalu perpeluhan dan air kencing; dan

• Membantu mengurangkan pendarahan.

Berdasarkan rekod dan pengalaman, rawatan sirosis hati akan mengambil masa yang agak lama. Namun, dengan penggunaan Tonik Hati yang konsisten ia akan dapat mengurangkan simptom-simptom berat seperti mengurang atau mengecilkan busung, bengkak hati dan pendarah yang dialami oleh pesakit.

 

3. KESAN PENGGUNAAN TONIK HATI:

Dari sudut luaran, pesakit yang mengalami sirosis hati akan berupaya melihat perbezaan simptom yang dialami sebelum dan selepas penggunaan Tonik Hati seperti:

• Jaundis atau kuning pada mata atau tubuh akan berkurangan;

• Busung mengecut dan perut terasa lebih lembut berbanding sebelumnya;

• Kurang muntah dan najis berdarah;

• Warna kencing kembali normal;

• Kurang sesak nafas;

• Berupaya melakukan aktiviti harian seperti biasa; dan

• Bertambah selera makan

Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit tersebut. Ini adalah kerana darah setiap individu adalah berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialami mereka. Biasanya, proses rawatan ubat-ubatan berteraskan herba akan mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan tanda-tanda pemulihan oleh kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom penyakit dan bukannya semata-mata merawat simptom tersebut.

Bagi pesakit yang mengalami simptom kronik, mereka dinasihatkan untuk mengamalkan Tonik Hati untuk jangkamasa selama 3 – 12 bulan bagi mendapatkan kesan yang maksimum. Jika pesakit telah sembuh sekalipun, mereka perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti menjaga pemakanan untuk mengelakkan berulangnya simptom-simptom tersebut.

Pastikan pesakit membuat ujian fungsi hati selepas 3 bulan menggunakan Tonik Hati. Sekiranya bacaan AST, ALT, BILIRUBIN, GGT, ALBUMIN, GLOBULIN dll. Kembali normal, pesakit adalah digalakkan untuk mengamalkan Tonik Hati sebagai suplimen tetapi dalam dos yang berbeza (berkurangan – 1 kapsul untuk setiap 3 hari) dan disyorkan untuk mengambil HBs2 sebagai tambahan pada yang berkemampuan ataupun dengan hanya mengamalkan HBs2 untuk yang telah sembuh sepenuhnya.

 

4. MAKANAN UNTUK DIHINDARI:

• Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti tembikai dsbnya. (bagi pesakit yang mengalami busung atau bengkak kaki);

• Kurankan pengambilan garam (bagi pesakit yang mengalami busung atau bengkak kaki);

• Elakkan makanan laut yang bercengkerang;

• Elakkan makanan yang mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang tinggi;

• Elakkan makanana segera (maggi, sardine, buah2an dalam tin, McD, KFC dsbnya.);

• Elakkan pengambilan susu cair (dalam minuman atau masakan); 

• Elakkan minuman berkarbonat dan berkafien; dan

• Elakkan pengambilan minuman beralkohol.

 

5. KESAN SAMPINGAN:

• Keletihan;

• Mengantuk;

• Pedih pada bahagian ulu  hati;

• Muntah-muntah (akibat dari lebihan asid yang masuk ke saluran makan yang dikeluarkan); dan

• Rasa seperti demam.

Walaubagaimanapun, kesan-kesan sampingan ini adalah berbeza kepada setiap individu bergantung kepada kondisi mereka.

 

DISCLAIMER: Kesan mungkin berbeza antara individu