Penyakit Hati dan cara rawatan

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kebanyakan kematian ini boleh dielakkan apabila punca utama ia boleh dicegah dan dirawat.

"Salah tanggapan dalam kalangan masyarakat, hanya mereka yang mengambil alkohol atau arak dan penagih dadah mendapat penyakit hati tetapi banyak sebab lain yang menjurus kepada penyakit ini," katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Kesihatan Hati di Hospital Selayang, di sini.

Hadir sama, atlet terjun negara, Pandelela Rinong sebagai duta kempen, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Balachandran Sathiamurti, Pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh dan Ketua Kumpulan Insuran Takaful Maybank, Kamaludin Ahmad.

Menurutnya, kes penyakit hati di negara ini yang biasa ditemui adalah hati berlemak, kanser hati, Hepatitis B dan C serta hati beralkohol.

Pada majlis itu, beliau turut menyatakan kempen berkenaan diadakan dalam meningkat kesedaran kefahaman mengenai pelbagai penyakit hati termasuk langkah pencegahan dan rawatan serta pendidikan kesihatan.

Kenali Hati Anda

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagipenghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.

Struktur

tonikhati2

Permukaan inferior

Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0 kilogram. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan organ kedua terbesar manusia (organ terbesar adalah kulit) dankelenjar terbesar dalam tubuh manusia. Ia terletak di bawah diafragma di sebelah kanan badan manusia. Sebahagian besar permukaan hati terletak di dalam sangkar toraks bagi melindunginya daripada kecederaan. ia juga menjadi alas bagipundi hempedu yang menyimpan hempedu. Secara anatomi, hati dapat dibahagikan kepada empat lobus iaitu lobus kanan (right lobe), lobus kiri (left lobe), caudate lobe, dan quadrate lobe. Lihat gambar untuk penerangan yang lebih jelas.

Mikrostruktur

Hati terdiri daripada koleksi unit-unit mikroskopik yang dipanggil lobul (jangan dikelirukan denganlobus di atas) yang setiapnya berbentuk heksagon (secara kasar). Lobul-lobul ini merupakan pusat pemprosesan utama bagi hati. Di sinilah hati menjalankan fungsi-fungsinya seperti menyahtoksik darah dan menghasilkan hempedu. Berikut adalah salur-salur yang berhubung dengan setiap lobul hati:

• Portal triad yang terdiri daripada 3 salur iaitu:

• Hepatic portal capilarry atau kapilari portal hati. Ia membawa darah dari vena portal hepar ke lobul hati.

• Arteri hati yang membekalkan darah beroksigen kepada lobul-lobul hati.

• Duktus hempedu yang membawa cecair hempedu dari lobul ke pundi hempedu untuk disimpan.

• Vena hati yang membawa darah terdeoksigen dari hati. Terdapat dua vena hati iaitu vena hati kanan dan vena hati kiri. Kedua-dua vena ini bersambung terus dengan vena kava inferior

Peredaran Bahan

Hati menerima darah melalui arteri hati dan vena portal hepar. Arteri hati membawa darah beroksigen dari jantung untuk dibekalkan kepada sel-sel hati. Vena portal hepar pula membawa darah dari usus untuk dinyahtoksik. Darah dari kedua-dua salur darah ini dibawa keluar dari hati melalui vena hati ke dalam vena kava inferior untuk dibawa balik ke jantung. Selain darah, hempedu juga dialirkan keluar dari hati. Duktus hempedu membawa hempedu ke pundi hempedu untuk disimpan dan dipekatkan sebelum dirembes ke dalam duodenum.

Fungsi Hati

1) Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.

2) Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.

3) Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.

4) Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.

5) Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.

6) Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI

7) Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.

8) Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.

9) Menguraikan molekul hemoglobin tua.

10) Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan

Toksik Punca Penyakit Hati

MENGIKUT laporan Yayasan Hati Malaysia (MLF) tahun lalu, dianggarkan 2.5 juta penduduk di negara ini menderita penyakit hepatitis kronik dan jumlah itu tidak termasuk penyakit hati serius seperti jaundis serta sirosis hati (parut pada hati) akibat pengambilan alkohol. Kombinasi makanan tidak berkhasiat, merokok, pengambilan alkohol, minuman berkarbonat, makanan dengan pewarna, pengawet dan racun perosak memberi kesan kepada organ yang bertanggungjawab menyingkirkan toksik dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit hati pada usia muda.

Wanita lebih terdedah penyakit hati sekalipun menjalani gaya hidup sihat tanpa mengambil alkohol dan merokok. Alat solek, barangan penjagaan diri dan rambut mungkin memberi kesan kepada sistem hormon kerana pelbagai jenis toksik daripada barangan berkenaan mudah menyerap melalui kulit.

tonikhati3

Tambahan pula, wanita sering terdedah kepada produk pembersihan rumah yang mengandungi lebih 30 toksik dan bahan kimia yang menghakis, sesetengah daripadanya berbau harum yang memberi tanggapan salah bahawa ia bersih dan segar.

Antara gejala kemerosotan hati ialah gangguan sistem imun yang kerap menyebabkan penyakit yang memberi tekanan kepada tubuh dan boleh menyebabkan cepat tua, letih, mengantuk dan kurang daya tumpuan, kemurungan dan perubahan emosi, jerawat badan, cela pada kulit wajah, lingkaran gelap dan bengkak merah pada mata, peluh berlebihan dan badan berbau, masalah pencernaan, pedih hulu hati, kembung dan sembelit serta kurang toleransi terhadap makanan berlemak dan alkohol.

Pengarah Origine Sdn Bhd, Shailesh Waran berkata, mereka yang terdedah kepada penyakit hati disebabkan gaya hidup moden wajar mencari perubatan alternatif seperti Ayurveda iaitu kaedah perubatan tradisional India yang berasaskan herba, tidak mengandungi bahan sintetik, menjalani kajian klinikal serta digunakan oleh syarikat Barat. Sebagai sokongan kepada perubatan moden, ia pilihan yang berpatutan ketika kos perubatan yang semakin meningkat.

Jenis-Jenis Penyakit Hati

Hati Berlemak:

Selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama. Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati. Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Hati berlemak kerap jadi pada wanita.

tonikhati5

Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh berkata, meskipun hati berlemak bukanlah sejenis penyakit, ia adalah petanda bahawa seseorang menghadapi masalah kesihatan.

Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius

Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh

Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh.

Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru. Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati. Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan. Di kalangan individu yang obes, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati. Beliau berkata, dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.

Tahukah anda mengenai penyakit hati berlemak?. Penyakit hati berlemak dikenali dengan nama Liver Disease. Hati berlemak biasanya berpunca dari gaya hidup kita seharian, bermula dari rumah hingga dari luar rumah, tapi anda usah risau ia masih boleh dielakkan.

Bagaimana nak mengelakkannya?

Sangat senang, cuma terpulang kepada disiplin kita dan gaya hidup kita lah, kalau kita gemar makan makanan yang banyak berlemak, makan makanan yang kuat manisnya, kurang bersenam, minum arak berlebihan dan juga berat badan berlebihan ‘Obesiti’ pasti tidak dapat untuk mengelakkannya. Namun kita boleh mengelakkannya jika kita selalu bersenam, jaga permakanan kita, jaga pengambilan kolestrol berlebihan serta jangan minum arak, kalau sudah ada kencing manis, kita perlu jaga baik-baik barulah kita boleh mengelakkan masalah penyakit hati berlemak ini.

Bagi mereka yang dah mengidap penyakit hati berlemak ini dan bagaimana cara-cara untuk mengatasinya atau rawatannya?

Sebelum kita bercakap mengenai rawatan penyakit hati berlemak, kita perlu lihat bagaimana gaya hidup kita seharian terlebih dahulu, sekiranya gaya hidup kita tidak teratur barulah satu pemeriksaan awal perlu dibuat bagi mengesan adakah kita mengidapi penyakit hati berlemak atau tidak. Jika tidak dikesan dari awal hinggakan hati sudah berparut dan juga sudah keras, huh..tiada ubat yang mampu mengubatinya pada tahap ini.

Bagaimana kita nak tahu hati kita sudah keras atau tidak?

Kita boleh mengesan dengan melakukan pemeriksaan di hospital seperti melakukan ujian darah atau Scan pada hati kita melalui Ultra sound atau Ct scan, dengan melakukan pemeriksaan ‘Check Up’seperti ini kita dapat melihat perubahan hati kita ( Hati Berlemak ). Jika masih belum dapat dipastikan juga tahap hati tersebut, terdapat satu cara lain yang akan lakukan oleh doktor dengan mengambil sedikit cubisan kecil hati kita untuk diperiksa. Prosidur ini dipanggil Biopcy , melihat cebisan hati tersebut menggunakan microscope bagi melihat sel-sel hati itu sama ada hati berlemak atau tidak. Usah risau prosidur ini sangat kecil sahaja dan tidak memerlukan pembedahan, ia hanya menggunakan jarum yang dimasukan ke dalam hati bagi mengambil sedikit sample hati untuk diperiksa.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya sample hati yang diperiksa mengandungi lemak?

Jika pemeriksaan telah dilakukan dan mendapati hati kita mengandungi lemak, setiap pesakit disarankan untuk mengamal gaya hidup sihat, seperti tidak makan makanan yang berlemak, lakukan senaman setiap hari, kawal pengambilan gula berlebihan supaya hati kita yang sudah berlemak tidak menjadi lebih parah.

Adakah dengan memakan organ dalaman seperti hati ayam, limpa, paru dengan banyak boleh menyebabkan permasalahan hati kita?

Ya, kalau kita mengambil makanan yang berlemak tinggi seperti organ-organ dalam, hati, ginjal, paru-paru atau otak ia boleh menjejaskan hati kita, kerana organ dalaman serperti ini mengandungi kadar kolestrol yang amat tinggi.

Bagaimana pula dengan proses pemindahan hati?

Melakukan pemindahan hati adalah jalan terbaik, untuk mendapatkan hati yang tidak mengandungi lemak amat susah, kebanyakan hati yang diperiksa mendapati hati tersebut juga mengandungi lemak. Kesimpulannya kita harus mengamalkan gaya hidup yang sihat, lakukan senaman, kawal makanan yang berkolestrol tinggi, tidak merokok, tidak minum arak dan lain-lain bagi mengelakkan hati kita mengidap penyakit hati berlemak. Akhir kata, ingat badan kita ini nak pakai lama, jadi beringat sebelum parah. Jaga hati anda sebelum hati anda berlemak.

Hepatitis A,B & C

Apa itu Hepatitis?

 

Hepatitis merupakan penyakit radang hati. Istilah ‘hepatitis’ berasal dari perkataan ‘hepar’ (hati/liver) dan ‘itis’ (radang). Hepatitis terjadi akibat daripada pelbagai faktor. Hepatitis boleh disebabkan oleh virus, dadah, alkohol, bahan kimia atau jangkitan virus. Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan hepatitis. Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:

Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.

Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.

Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.

tonikhati8

Antara risiko yang dikenalpasti untuk penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C ialah perkongsian jarum suntikan, hubungan seks dengan pasangan yang mempunyai jangkitan dan melalui kelahiran iaitu ibu kepada bayinya.

Dato Dr Zaininah , Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis?

Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis. Tanda-tanda antara ialah:

• Merasa letih

• Kurang selera makan/Loya

• Muntah

• Sakit perut (abdomen)

• Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)

• Air kencing berubah warna menjadi warna teh

• Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat

Apakah komplikasi hepatitis yang kronik ?

Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati.

Tanda-tanda sirrosis hati ialah :

• Abdominal membengkak

• Sangat mudah lebam

• Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan

• Muntah darah • Najis hitam Komplikasi sirrosis hati:

• Kanser Hati

• Maut

Bila sirrosis hati tidak mengekalkan fungsi-fungsi sebenar hati atau komplikasi tidak terkawal lagi, untuk meneruskan hidup pesakit itu memerlukan pemindahan organ hati yang baru menerusi prosedur transplan.

tonikhati9

Apakah hepatitis A?

Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A .

Siapakah yang mempunyai risiko mendapat jangkitan hepatitis A ?

• Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.

• Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.

• Hubungan seks sesama lelaki.

Apakah Hepatitis B?

Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia. Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati. Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil. Ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.

Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?

• Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.

• Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.

• Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .

• Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).

• Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.

• Penagih dadah yang menggunakan suntikan.

• Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972. Hepatitis B tidak merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.

Apakah Hepatitis C ?

Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom. Berbanding dengan hepatitis B, jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit di Malaysia . Bagaimanapun, individu yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati dengan komplikasinya.

Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis C?

• Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.

• Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.

• Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .

• Penagih dadah yang menggunakan suntikan .

• Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.

• Pesakit menggunakan haemodialysis.

• Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)

Cirhosis (Sirosis) Hati

Sirosis hati adalah parut pada hati yang melibatkan pertukaran gentian tisu (scar) yang bergabung dengan pemusnahan organ yang normal. Hasil daripada kecederaan yang lama secara amnya hasil dari pengambilan alkohol secara berlebihan tetapi terdapat beberapa punca utama yang lain. Sirosis adalah keadaan yang serius. Hanya 30 peratus pesakit dengan masalah ini dapat hidup selama 5 tahun selepas diagnosis dan tinjauan menunjukkan ia akan menjadi lebih teruk jika puncanya adalah alkohol dan pesakit tetap meminumnya juga. Sirosis adalah penyakit yang kurang dikenali yang kebanyakkannya berjangkit pada wanita. Ia tidak berkait dengan alkohol. Untuk beberapa sebab badan akan menyerang hati pada pesakit adalah dengan sirosis.

Hepatitis B Punca Kanser Hati

KIRA-KIRA 1.3 juta rakyat Malaysia didapati pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain.

Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risiko untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Hepatitis B kronik adalah punca kematian yang ke-10 utama di seluruh dunia dengan kira-kira 350 juta orang dijangkiti, manakala setiap tahun dianggarkan kira-kira 1.2 juta individu meninggal dunia akibat penyakit kronik yang berkaitan dengan penyakit ini.

Virus hepatitis B akan menyerang sel hati. Ia boleh dipindahkan dari ibu ke anak semasa lahir atau menerusi pendedahan kepada darah dan bendalir badan orang yang dijangkiti.

Virus ini 100 kali lebih mudah berjangkit daripada HIV dan kebanyakan orang tidak sedar mereka dijangkiti virus tersebut. Ini kerana penyakit tersebut mungkin tidak muncul dengan serta-merta.

Profesor Perubatan dan Perunding Hepatology di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Rosmawati Mohamed berkata, hepatitis B kronik ialah masalah perubatan serius yang boleh menyebabkan masalah hati seperti sirosis, kanser dan kegagalan organ tersebut, seterusnya membawa kematian awal.

“Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh PPUM, hepatitis B ialah punca utama kanser hati iaitu 85 peratus jika dibandingkan dengan hepatitis C ( dua peratus), alkohol (empat peratus) dan selebihnya masih belum diketahui.

“Antara faktor yang mempengaruhi hepatitis B kronik ialah peningkatan umur, gender lelaki, pengambilan alkohol secara berlebihan dan merokok.

“Walaupun kajian PPUM menunjukkan lelaki lebih berisiko daripada wanita, golongan wanita jangan memandang remeh tentang penyakit ini, sekurang-kurangnya lakukan pemeriksaan kesihatan sekali seumur hidup.

Matlamat rawatan

“Matlamat utama rawatan ialah untuk menyekat jumlah virus hepatitis B dalam sistem dan memastikan parasnya serendah yang mungkin dalam jangka panjang. Ini merupakan faktor penting dalam usaha menambah baik keputusan rawatan pesakit,” katanya lagi ketika sidang media pengenalan rawatan hepatitis B, Sebivo, di Petaling Jaya, Selangor.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd., Richard Abela dan Prof. Dr. Lim Seng Gee dari National University Hospital, Singapura.

Rawatan Sebivo (telbivudine) dapat mengekang virus dengan lebih pantas dan menyeluruh berbanding rawatan Lamivudine.

Penemuan ini berdasarkan kajian penting Globe, sebuah kajian klinikal fasa III, yang membabitkan 1,367 pesakit dari 20 negara dan merupakan ujian pendaftaran terbesar bagi pesakit hepatitis B kronik yang pernah dijalankan.

Dalam kajian Globe, sebahagian besar pesakit adalah dari Asia. Sebivo dapat mengekang virus dengan lebih pantas dan menyeluruh berbanding Lamivudine dengan profil keselamatan lebih baik.

Kesan ini dikekalkan selepas dua tahun rawatan, menunjukkan bahawa Sebivo boleh dijadikan pilihan rawatan jangka panjang bagi penghidap hepatitis B.

Analisis data Globe menunjukkan bahawa pengekangan virus maksimum pada minggu ke-24.

Pada minggu ke-24 selepas memulakan terapi, lebih ramai pesakit yang menggunakan Sebivo didapati mempunyai kandungan virus hepatitis B yang tidak dapat dikesan berbanding Lamivudine, lantas membuktikan keberkesanan anti virus Sebivo.

Mempunyai pilihan

“Pelancaran Sebivo memang dinanti-nantikan kerana para doktor kini mempunyai pilihan rawatan tambahan untuk merawat pesakit yang menghidap hepatitis B kronik, penyakit yang biasanya dialami sepanjang hayat,’’ jelasnya.

Rancangan rawatan bagi pesakit hepatitis B kronik bergantung kepada peringkat penyakit.

Pesakit perlu menemui doktor secara berkala untuk pemeriksaan, walaupun mereka tidak memerlukan ubat buat masa ini. “Pesakit perlu datang untuk menjalani pemeriksaan supaya doktor boleh menentukan rancangan pengurusan dan jenis terapi yang sewajarnya berasaskan keadaan mereka. Pengesanan awal amat penting kerana kita boleh mencegah kerumitan serius bagi pesakit pada masa depan, justeru meningkatkan kualiti kehidupan mereka,” kata Dr. Rosmawati.

INFO

- Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud radang hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan.

- Lebih daripada 350 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab yang ke-10 menyebabkan kematian di dunia.

- Virus hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan.

- Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus.

- Antara gejala kronik:

- Muntah darah

- Salur pemakanan kembang (varices)

- Busung (Asites)

Cara jangkitan

- Hepatitis B dijangkiti melalui darah yang dijangkiti atau cairan tubuh seperti dari faraj, mulut dan sperma.

- Jangkitan berlaku melalui ibu yang dijangkiti kepada anak yang dikandungnya semasa proses:

- Kelahiran - Pemindahan darah

- Melalui hubungan seks

- Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan

Glosari

- sirosis: Penyakit hati yang dicirikan oleh matinya sel-sel hati dan sebagainya (yang terjadi akibat jangkitan kronik, terlalu banyak minum minuman keras dan lain-lain)

- virus: Sejenis kuman yang lebih halus daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia, haiwan atau tumbuhan.

- rembesan: Aliran atau titisan

- enzim: Bahan kimia yang terdapat di dalam benda hidup (tumbuhan, haiwan) yang menyebabkan perubahan kepada bahan kimia lain tetapi tidak pada dirinya sendiri.

Kanser Hati

Sesuatu yang amat menakutkan mengenai kanser hati adalah kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas pada peringkat awal ia bermula. Apabila simptom2 tertentu mula dirasai seperti perubahan pada warna mata putih ( kekuningan ) atau terdapat benjolan yang menyakitkan pada abdomen, anda sebenarnya berada pada peringkat 4 kanser hati. Peringkat awal kanser hati seringkali ditemui secara tidak sengaja apabila doktor melakukan rutin2 biasa semasa merawat penyakit lain seperti melakukan imbasan dan ujian darah.

Gejala Penyakit Hati

tonikhati10